Pengeluar Kereta Nasional Merapatkan Jurang Kualiti dengan Jenama Bukan Nasional, menurut hasil kaji selidik J.D. Power

(186.96 KB)

Share This Page

Toyota terima Dua Anugerah Tahap Model bagi Kualiti Awal; Perodua dan Mazda masing-masing satu

KUALA LUMPUR: 10 Nov. 2016 — Kualiti kenderaan baharu di Malaysia bertambah baik sebanyak 18% berbanding 2015, peningkatan terbesar dalam 14 tahun sejarah kaji selidik ini, dengan jurang antara jenama nasional dan bukan nasional merupakan paling rendah pernah dicatatkan, menurut Kaji Selidik Kualiti AwalSM (IQS) Malaysia J.D. Power 2016 yang diumumkan hari ini. 

Keseluruhan kualiti awal menambah baik sehingga 69 PP100 pada 2016 daripada 259 PP100 pada 2003. Sementara skor kualiti awal bagi jenama bukan nasional masih terbaik pada 54 PP100, namun jenama nasional, dengan skor 83 PP100, ternyata semakin merapatkan jurang antara kedua-duanya. Kadar tahunan jenama nasional mengalami peningkatan mengatasi jenama bukan nasional dengan skor masing-masing pada 18% vs 16%. Kereta buatan nasional mempamerkan prestasi baik terutama dalam segmen kereta kompak, yang mana tiga model kereta kompak terbaik adalah kereta buatan tempatan. 

“Dalam tempoh 14 tahun, jurang antara kereta nasional dan bukan nasional telah menyusut ke tahap 29 PP100 daripada 146 PP100, membuktikan komitmen pengeluar kereta tempatan untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi,’’ kata Mohit Arora, Naib Presiden Serantau J.D. Power. “Bagi mengekalkan momentum ini, pengeluar automotif  harus memberi fokus yang berterusan kepada masalah-masalah paling kerap dilaporkan dan mengenal pasti kumpulan pelanggan yang lebih sensitif kepada masalah di dalam kereta mereka.” 

Kualiti awal bertambah baik di semua lapan kategori masalah yang dikaji di dalam kaji selidik ini, dengan enjin/transmisi mencatat penurunan permasalahan terbesar. Ruang dalaman kenderaan terus menjadi kategori permasalahan paling banyak dilaporkan, suatu trend yang berterusan sejak kaji selidik ini dimulakan pada 2003.

Sesetengah Pemilik Lebih Sensitif Terhadap Permasalahan Kereta Mereka

Kaji selidik ini mendapati bahawa terdapat sekumpulan pemilik kereta yang mengalami insiden permasalahan lebih tinggi dengan kenderaan mereka. Misalnya, kaum lelaki membuat laporan lebih banyak berbanding wanita  (79 PP100 berbanding dengan 56 PP100). Selain itu, pemilik yang lazimnya membawa empat penumpang di dalam kenderaan mereka, melaporkan pada purata 73 PP100, berbanding 54 PP100 bagi mereka yang memandu berseorangan. Pemilik dengan pengalaman lebih 10 tahun memandu juga kerap membuat laporan permasalahan, berbanding mereka yang kurang daripada 10 tahun pengalaman memandu (85 PP 100 berbanding dengan 55 PP100).

“Jelas sekali corak penggunaan dan kemahiran memandu mempengaruhi persepsi pemilik kereta terhadap kualiti kenderaan mereka,’’ kata Rajaswaran Tharmalingam, Pengurus Wilayah bagi Malaysia di J.D. Power. “Pengeluar automotif  yang mampu mengenal pasti kumpulan pelanggan ini, dan berkomunikasi dengan mereka di peringkat awal mengenai sebarang jangkaan permasalahan terhadap kereta mereka, boleh membantu mengatasi sebarang ketidakpuasan pelanggan yang bakal berbangkit daripada permasalahan yang tidak dijangka.’’

Berikut adalah penemuan-penemuan tambahan dalam kaji selidik 2016: 

  •          Tiga Permasalahan Utama Yang Paling Kerap Dilaporkan: Konsisten dengan kaji selidik 2015, bunyi angin yang kuat kekal menjadi permasalahan paling kerap dilaporkan (4.6 PP100), disusuli pendingin hawa yang tidak cukup dingin dan pantas menyejuk (2.7 PP100) dan brek bising (2.5 PP100).
  •          MPV/ Van Memiliki Permasalahan Paling Banyak: Pemilik MPV/ Van paling tinggi membuat aduan, pada 79 PP100, walaupun kualiti di dalam segmen ini telah bertambah baik dari 90 PP100 pada 2015.
  •          Kualiti Tinggi = Kesetiaan Tinggi: Kualiti awal yang tinggi adalah pemacu penting kepada kesetiaan jenama, yang boleh mempengaruhi pertimbangan dan pembelian sesuatu jenama. Dalam kalangan pemiliki yang tidak memiliki pengalaman terhadap sebarang masalah pada kereta mereka, 25% menyatakan mereka ‘’pasti akan’’ membeli jenama yang sama. Kadar cadangan tersebut susut 13% dalam kalangan pemilik yang mengalami satu atau lebih masalah.

Kedudukan Model

Dalam kalangan 39 model yang dikaji di dalam kaji selidik ini, dua model Toyota, satu Mazda dan satu Perodua berada pada kedudukan tertinggi di dalam segmen masing-masing.

Toyota Vios berada di kedudukan teratas segmen saiz sederhana (48 PP100), dan Toyota Avanza teratas dalam segmen MPV/van (52 PP100) bagi tahun kelapan berturut-turut. Perodua Myvi di kedudukan teratas segmen kompak (73 PP100) dan Mazda CX-5 adalah teratas dalam segmen SUV (41 PP100).

Kaji selidik Kualiti Awal Malaysia 2016 (IQS) adalah berdasarkan maklum balas daripada 2,436 pemilik kereta baharu yang membeli kenderaan mereka antara Ogos 2015 dan Jun 2016. Kaji selidik ini merangkumi 39 kenderaan penumpang, pikap dan kenderaan utiliti daripada 12 jenama. Kaji selidik ini dilakukan antara Februari dan Ogos 2016.

Mengenai Kaji Selidik

Kaji selidik ini,  yang sekarang berada pada tahun ke-15, menyukat permasalahan yang dilalui pemilik kenderaan semasa dua hingga enam bulan pertama pemilikan. Kualiti awal ditentukan dengan bilangan permasalahan yang dialami per 100 kenderaan (PP100), dengan markah terendah menggambarkan kualiti lebih tinggi.

Pegawai Media Untuk Dihubungi

Michelle Meng; J.D. Power; Beijing, China; +86 01 6569 2702; yutian.meng@jdpa.com

John Tews; J.D. Power; Troy, Michigan, USA; 001-248-680-6218; john.tews@jdpa.com

Mengenai J.D. Power di Rantau Asia Pasifik

J.D. Power memiliki pejabat di Tokyo, Singapura, Beijing, Shanghai, Malaysia dan Bangkok yang melakukan penyelidikan kepuasan pengguna dan menyediakan perkhidmatan di dalam industri automotif, teknologi maklumat dan kewangan di rantau Asia Pasifik. Secara bersama, enam pejabat membawa bahasa kepuasan pengguna kepada pelanggan dan perniagaan di Australia, China, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Taiwan, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Maklumat mengenai J.D. Power dan produk-produknya boleh diakses menerusi internet di asean-oceania.jdpower.com.

Mengenai J.D. Power dan Peraturan Pengiklanan/Promosi www.jdpower.com/about-us/press-release-info

2016 Malaysia IQS, Rank Chart

Media Contacts

Beijing, China
+86 01 6569 2702

J.D. Power Ratings

For additional J.D. Power ratings data, please visit www.jdpower.com/cars and www.jdpower.com/ratings.